1. MENUBUHKAN MAJLIS PEMBANGUNAN STRATEGIK KINABATANGAN (MPSK)
Merancang dan memantau pelan pembangunan Parlimen P.187 Kinabatangan.
Wakil pihak pembangkang akan dilibatkan.
Pejabat perhubungan ditempatkan di setiap DUN Sukau, Lamag dan Tongod.
Aduan isu jalan dan air secara dalam talian melalui aplikasi KinabatanganBest.
2. MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN PARLIMEN P.187 KINABATANGAN
Laporan kewangan akan dibentangkan secara telus setiap 6 bulan kepada rakyat.

3. MEWUJUDKAN PUSAT PENGUMPULAN HASIL LAUT DAN SUNGAI
Bagi meningkatkan pendapatan nelayan dan komuniti setempat.
4. MENYEDIAKAN KHIDMAT PENGANGKUTAN AWAM KINABATANGAN
Akses mobiliti yang lebih baik untuk penduduk luar bandar.
5. MENUBUHKAN YAYASAN KEBAJIKAN KINABATANGAN (YAKIN)
Bagi membantu kebajikan rakyat yang memerlukan secara berterusan.
6. MEMBINA HUB PELANCONGAN & BUDAYA KINABATANGAN
Mengangkat potensi pelancongan, budaya dan ekonomi tempatan.
7. TRANSFORMASI PDM PILIHANRAYA SEBAGAI LAMAN STAY BELIA
Menjadi ruang aktiviti, pembangunan dan penglibatan belia setempat.
8. MEMPERKENALKAN PROGRAM UntungTVET
Serta menambah penubuhan pusat latihan kemahiran untuk anak muda.
9. MELAKSANAKAN E-TUISYEN PELAJAR CEMERLANG
Pelajar berdaftar akan diberikan sebuah tablet untuk pembelajaran.
10. OUTREACH KESIHATAN PERCUMA
Perkhidmatan kesihatan bergerak untuk seluruh Kinabatangan.

