TAWAU, 24 Oktober 2026 – Skuad Anti Dadah Tawau secara rasmi dibentuk apabila watikah pelantikan disampaikan kepada ahli skuad pada Program Kepimpinan Skuad Antidadah Sabah Zon Pantai Timur di sini. Program itu bertujuan memperkukuh program kesedaran tentang bahaya dadah di Pantai Timur Sabah.
Maklumat Program
- Program: Program Kepimpinan Skuad Antidadah Sabah Zon Pantai Timur
- Tarikh: Sabtu, 24 Oktober 2026
- Masa: 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang
- Tempat: BronSis Mini Hall, Tawau
- Penganjur: Skuad Antidadah Negeri Sabah dan Skuad Antidadah Daerah Tawau
Watikah Disampaikan Pengerusi Negeri
Penyampaian watikah pelantikan dilakukan oleh Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Sabah, Datuk Hj Mazlan Joehari Bin Manan. Beliau turut menyampaikan ucapan perasmian dan amanat kepimpinan kepada peserta.
Selain majlis penyampaian watikah, program itu turut menjadi platform kursus kepimpinan bagi skuad antidadah di zon Pantai Timur.
Hadir Duta Anti Dadah Negeri
Turut hadir ialah Duta Anti Dadah Negeri Sabah, Boss Gary, serta skuad antidadah daerah Semporna.
Gambar bersama skuad anti dadah zon pantai timur bersama Pengerusi Skuad Anti Dadah Sabah

Harapan Kurangkan Gejala Dadah Dalam Kalangan Belia
Pengerusi Skuad Antidadah Tawau, Rudhi Haryanto, berkata pembentukan skuad itu diharap dapat mengurangkan gejala dadah dalam kalangan belia.
“Dengan pembentukan skuad ini di Tawau, kami berharap gejala dadah dalam kalangan belia akan semakin berkurang dan banyak pihak sedar tentang tanggungjawab dan peranan kita terhadap bahaya dadah.”

