Adakah YB Kenduri Tetap Menjadi Pilihan Utama Rakyat Merotai?

Adakah YB Kenduri Tetap Menjadi Pilihan Utama Rakyat Merotai?

YB Kenduri Dan YB Dari Merotai Ke Putrajaya


Hangat diperkatakan, yang mana bekas YB Merotai N72 sebelum ini rancak datang ke kenduri majlis kahwin.
Benda ini timbul disebabkan, team media beliau banyak mempamerkan konten program yang ada itu adalah konten kehadiran beliau ke jemputan-jemputan kenduri.


Lalu lahirlah nama, YB Kenduri.


Kenduri tidak kenduri, saya rasa ini adalah pendekatan yang terbaik untuk bertemu mata dan menyantuni rakyat.
Majlis-majlis kenduri adalah tempat terbaik untuk orang ramai bertemu. Rasanya berapa pasang mata yang melihat kehadiran dan kewujudan YB tersebut dan kesannya orang rumah akan terasa dihargai dengan kehadiran beliau.
Ini menandakan beliau selalu turun padang.

Belum cerita lagi tentang adat orang kita di Tawau ini, ada “Pasolok” nya. Itu sudah comfirm ada dengan sampul bertulis nama beliau.


Bukan sampul kahwin sahaja yang ada, malah sampul-sampul pendidikan pun selalu beliau berikan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.


Tidak dinafikan, YB Kenduri ini sangat ramah dan bertanggungjawab orangnya, sudah banyak yang beliau lakukan untuk penambahbaikan di Merotai.


Di sisi lain pula, ada suara-suara lantang yang inginkan pembangunan dan peluang pekerjaan untuk orang-orang di Merotai.
Merotai ini seperti satu kampung yang dipinggirkan.
Mereka percaya calon muka baru dari parti Harapan ini mampu menghubungkan suara rakyat Merotai akan tembus sampai ke Putrajaya.


Kenyataan ini tidak mustahil. Calon ini pernah memegang jawatan tertinggi dalam beberapa kementerian. Tambahan pula, parti yang diwakilinya adalah parti yang sama dengan PMX kita.


Untuk memberi saingan yang kuat di Merotai, calon muka baru ini perlu lebih menunjukkan kemesraan beliau kepada rakyat dalam menyantuni mereka dalam program ziarah-ziarah yang diadakan. Sebenarnya, saya melihat keadaan calon ini agak “awkward” ketika sentuhan dalam beberapa ziarah yang ada di media sosial.
Apa beliau masih cuba menyesuaikan diri untuk menjadi wakil rakyat atau macam mana?


Masa semakin suntuk.


Persoalannya, adakah sentuhan YB Kenduri yang akan mendapat tempat di hati rakyat ataupun janji manis YB Putrajaya untuk pembangunan Merotai yang akan menjadi pilihan warga Dun N.72 itu nanti?
Lets our “Rakyat” decide.


Wahai orang-orang Merotai, mari turun dihari mengundi, undilah mereka yang berjaya memujuk anda dengan baik dan memenangi hati anda.


Pilihan anda adalah penentu masa depan Negara !

Credit Facebook: Akbarcelona Kinas

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *