Misi Bantuan Kemanusiaan ke Aceh oleh Sukarelawan PKSLD Bermula

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Aceh oleh Sukarelawan PKSLD Bermula

Lahad Datu, 4 Januari 2026 โ€” Perjalanan sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Sosial Lahad Datu (PKSLD) bagi Misi Bantuan Kemanusiaan ke Aceh telah pun bermula. Kumpulan sukarelawan berlepas dari Lahad Datu ke Tawau, seterusnya ke KLIA, sebelum meneruskan penerbangan ke Banda Aceh, Indonesia.

Misi ini membawa amanah besar bagi menyampaikan bantuan dan sokongan kepada komuniti yang terkesan di wilayah Aceh. Segala persiapan telah dirancang rapi demi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berkesan dan menyeluruh.

Misi Aceh ini disertai oleh 7 orang ahli sukarelawan PKLSD. Untuk update bolek rujuk link media sosial ahli mereka di bawah..

https://www.facebook.com/share/p/1BuNXMk5dD/?mibextid=wwXIfr

Kami memohon doa orang ramai agar misi ini dipermudahkan segala urusan, dilindungi sepanjang perjalanan, dan diberkati Allah SWT. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan.

Semoga usaha kecil ini membawa makna besar buat mereka yang memerlukan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *