Saksikan Supermoon Pertama 2026 Malam Ini -Purnama Gedang Ketiga Terdekat Tahun Ini!
Malam ini, langit Malaysia akan dihiasi dengan fenomena indah — Bulan Purnama Gedang (Supermoon) pertama bagi tahun 2026!
Secara teknikal, Bulan telah memasuki fasa Purnama pada jam 6:03 petang, 5 Januari 2026. Supermoon kali ini berlaku apabila Bulan berada paling hampir dengan Bumi dalam orbitnya sambil berada dalam fasa penuh (purnama), menjadikan ia kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada biasa.
✨ Jarak Bulan dari Bumi malam ini: sekitar 362,312 km
✨ Ini adalah Supermoon ketiga paling hampir dengan Bumi untuk tahun 2026
Bagi peminat langit malam, ini adalah peluang terbaik untuk menyaksikan keindahan Bulan dalam saiz maksimumnya. Ambillah gambar, rakam video atau sekadar nikmati pemandangan dengan mata kasar — Bulan akan kelihatan sedikit lebih besar dan bersinar terang di langit terbuka.
Purnama Gedang (Supermoon) Lain Pada Tahun 2026:
- 24 November 2026 – Jarak: 360,768 km
- 24 Disember 2026 – Paling dekat tahun ini! Jarak: 356,740 km
Gambar yang tertera merupakan Supermoon paling hampir tahun 2025 yang berlaku pada 5 November 2025 (jarak: 356,980 km).

