Setiap kali pemain gergasi masuk pasaran, mereka tidak datang untuk BERSAING. Mereka datang untuk menguasai.
Penulisan saya sebelum ni, ubah atau bunuh industri tempatan dapat banyak komen menarik dan pendapat masing2.
Bila satu startup besar dari China masuk mana-mana negara, strateginya hampir sama. Harga murah dulu, dominasi pasaran baru naikkan perlahan-lahan.
Bukan sebab baik hati atau mahu bakar modal.
Tapi sebab mereka mahu membentuk budaya membeli generasi baru.
Generasi yang sudah biasa drngan servis cepat,
Harga murah,
Semua mudah dibuat dalam satu app,
Tidak terikat dengan bengkel kecil.
Bila budaya itu sudah terbentuk, pelanggan generasi seterusnya akan ikut automatik.
Dan di sinilah mereka mula kawal permainan.
Kenapa strategi ini selalu berjaya?
1. Pembeli cepat sesuaikan diri dengan harga murah. Bila sudah terbiasa dengan harga rendah, naik sikit-sikit pun orang tidak perasan. Mereka cuma nampak “senang” dan “cepat”.
2. Generasi baru mulakan dari apa yang mereka jumpa dulu. Kalau umur 18–20 tahun sekarang mula servis kereta di platform besar, dalam masa 5–10 tahun lagi pilihan mereka tidak berubah. Mereka tidak akan kembali ke bengkel kecil.
3. Pemain besar mampu bakar modal untuk matikan pesaing kecil. Bila pesaing kecil tidak dapat ikut harga rendah, satu demi satu hilang. Bila pasaran kurang pilihan, harga mula stabil tapi stabil ke atas.
4. Mereka jual ekosistem, bukan servis.
App, membership, reward, SOP semuanya membuat pengguna rasa sukar berpindah tempat lain. Sekali terikat, lama tersangkut.
Inilah sebab kenapa strategi harga murah ini nampak seperti “kebaikan”, tetapi sebenarnya langkah awal untuk membina dominasi jangka panjang.
Dan kalau pola ini berulang di negara lain, jangan terkejut kalau suatu hari nanti kita pun ikut rentaknya bukan kerana tiada pilihan, tetapi kerana budaya kita sudah berubah tanpa kita sedar.
Kenapa saya tulis ni, sebab ya saya juga ada bangunkan satu sistem untuk ubah industri automotif. hampir semua sudah siap.
Memerlukan modal yang besar, saya sentiasa cakap ‘market not ready’, mahu readykan market perlukan modal besar dengan teknik di atas.
Modal kecil, biarkan gergasi ready kan market.
Credit Facebook: Muhammad SE

