BETULKAH ORANG SEMPORNA “PTI”?
Hairan. Setiap kali PRN tiba, isu rakyat Semporna akan sentiasa dibahaskan.
Kenapa ya?
BUKAN untuk politik, tetapi untuk kebenaran identiti masyarakat kami.
1. SEJARAH ORANG BAJAU & SEMPORNA
• Orang Bajau telah menetap di Semporna sejak ratusan tahun sebelum wujudnya IC dan sempadan moden.
• Mereka adalah sebahagian daripada jaringan maritim Kesultanan Sulu & Brunei.
• Kajian UMS, UM & ANU mengiktiraf Bajau sebagai suku peribumi Sabah, bukan pendatang.
Maksudnya apa? Maksudnya komuniti Semporna wujud jauh lebih lama daripada sempadan negara moden yang wujud pada hari ini.
2. SUMBANGAN SEMPORNA KEPADA SABAH
• Sipadan, Mabul, Kapalai adalah antara penyumbang terbesar pelancongan Sabah (hampir 900,000 pelancong pada 2019).
• Pembekal utama hasil laut untuk Sabah & Labuan.
• Budaya Bajau menyumbang kepada identiti seni dan tradisi Sabah.
Negeri ini tidak mungkin maju dalam sektor pelancongan tanpa Semporna.
3. TOKOH PENTING ASAL SEMPORNA
Semporna melahirkan ramai figura besar yang berjasa kepada negeri, antaranya:
• Tun Sakaran Dandai – Mantan TYT & Ketua Menteri Sabah
• Dato Seri Mohd Shafie Apdal – Mantan Ketua Menteri Sabah
• Dato Sri Hj Nasir Bin Tun Sakaran – Bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet Sabah
• Datuk Omar Mammah – Bekas Timbalan Ketua Polis Perak, Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah
https://www.facebook.com/share/p/1C1irqdcFX
Saya yakin pasti ramai lagi anak kelahiran Semporna yang berjaya di luar sana. Ada yang jadi Pengarah Jabatan, Pensyarah Universiti, Dekan Fakulti, dll. Ini bukti bahawa masyarakat Semporna bukan “pendatang”, tetapi pembina negeri.
Persoalan saya…
Jika dakwaan terhadap rakyat Semporna ini benar.. KENAPA :
1. Tokoh-tokoh besar dari Semporna diiktiraf dan boleh memegang jawatan kerajaan?
2. Mengapa tiada pelan penyelesaian menyeluruh dibuat selama puluhan tahun ini?
3. Bagaimana orang di daerah yang menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negeri boleh dilabel sebagai “PTI” ?
4. Apakah asas sejarah yang membuktikan kenyataan itu? Sedangkan kajian antropologi menunjukkan sebaliknya?
5. Mengapa kerajaan-kerajaan sebelum ini tidak mengkodifikasikan status migrasi kawasan Semporna secara jelas?
Posting ini bukan untuk menentang sesiapa.. Tapi saya rasa pertanyaan logik ini perlu ditanya secara terbuka.
Sekali lagi saya tegaskan.. Saya tidak berniat untuk menyerang sesiapa, tetapi menggelar keseluruhan masyarakat Semporna sebagai “pendatang tanpa izin” adalah tidak tepat dari sudut sejarah, antropologi, dan sumbangan negeri.
Identiti masyarakat Semporna tidak boleh dipadam dengan satu kenyataan.
Sejarah, sumbangan, dan tokoh-tokoh ini menunjukkan bahawa
Kami bukan pendatang tanpa izin.
Kami adalah sebahagian daripada Sabah.
Sejak dahulu, sekarang, dan selamanya.
Credit : Nur Zahyra

