Berita Nasional
Sabah tengah alami “boom” baru dalam sektor minyak dan gas.
Sejak kerajaan negeri tandatangan Commercial Collaboration Agreement (CCA) dengan Petronas pada 2021, jumlah kontrak OGSE (Oil, Gas, Services & Equipment) yang dipegang oleh syarikat Sabah meningkat 250% dari 133 kepada 455 kontrak!
Yang bestnya, Petronas setuju beri keutamaan kepada syarikat Sabah untuk tender bawah RM20 juta bagi kerja upstream dan bawah RM10 juta bagi downstream. Jadi, peluang bisnes tempatan makin besar dan bukan lagi hanya milik “big players” dari luar.
Kesan dia nampak signifikan. Pada tahun 2024 sahaja, syarikat Sabah jana RM2 bilion hasil dari projek dalam dan luar negeri.
Strategi ni bukan sekadar bagi kontrak, tapi juga wujudkan dasar “margin of preference” supaya syarikat Sabah ada kelebihan komersial walaupun bukan pembida terendah.
Tambah pula, kalau syarikat luar nak tender besar, wajib ada rakan kongsi tempatan. Langkah ni penting untuk pemindahan teknologi dan bina kapasiti.
Sabah kini bukan sekadar pengeluar minyak, tapi sedang lahirkan “players” tempatan yang kompeten dan berdikari dalam industri tenaga negara.
Kredit: Muhammad SE

