TAWAU – Tawau sekali lagi melakar sejarah apabila dua anak muda berbakat dari daerah ini berjaya dinobatkan sebagai johan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2026.
Muhammad Fathi Safwan bin Eshak muncul sebagai Johan Hafazan Tahap 1–30 (Hafiz) dengan markah cemerlang, sekali gus membuktikan keupayaan beliau menguasai keseluruhan 30 juzuk Al-Quran dengan bacaan yang tepat serta hafalan yang mantap.

Sementara itu, Abdul Syakir Zufayri bin Abdul Basith pula dinobatkan sebagai Johan Tilawah Remaja (Qari) selepas mempersembahkan bacaan yang penuh taranum, tajwid yang kemas serta penghayatan yang menyentuh hati para juri dan hadirin.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung dalam suasana penuh gemilang, Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (DR.) Musa Bin Haji Aman,Yang Di-Pertua Negeri Sabah, di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, memperkukuh legitimasi serta nilai simbolik terhadap agenda pemerkasaan Al-Quran di peringkat negeri. negeri dan dihadiri para tetamu kenamaan serta pencinta Al-Quran dari seluruh Sabah.
Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga dan guru-guru mereka, malah turut mengangkat nama Tawau sebagai antara daerah yang melahirkan generasi muda cemerlang dalam bidang Al-Quran.
Pencapaian dua johan ini membuktikan bahawa usaha berterusan, disiplin tinggi serta sokongan institusi pendidikan agama mampu melahirkan generasi pewaris Al-Quran yang berwibawa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mendekati, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian

