YB Sungai Manila Anak Tun Musa Dilantik Pengerusi Baharu Sawit Kinabalu

YB Sungai Manila Anak Tun Musa Dilantik Pengerusi Baharu Sawit Kinabalu

5 Januari 2026 | Menara Kinabalu – Sawit Kinabalu Group secara rasmi mengumumkan pelantikan YB Tuan Haji Hazem Mubarak Tun Musa sebagai Pengerusi baharu Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. dan Borneo Samudera Sdn. Bhd.

Pelantikan yang dimuktamadkan semalam ini menandakan langkah penting dalam barisan kepimpinan kedua-dua entiti tersebut.

YB Tuan Haji Hazem membawa latar belakang kukuh dalam perkhidmatan awam dan pengalaman luas dalam tadbir urus. Beliau dijangka memberikan panduan strategik yang mampan, memantapkan amalan tadbir urus, serta menyokong pertumbuhan dan ketahanan jangka panjang syarikat.

Pihak pengurusan Sawit Kinabalu menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan beliau akan memperkukuh hala tuju syarikat dalam menghadapi cabaran industri yang dinamik.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *