KUCHING, 3 Januari 2026 โ Satu detik bersejarah tercipta pagi ini apabila Air Borneo, syarikat penerbangan baharu dari Malaysia Timur, secara rasmi melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Majlis perasmian yang berlangsung penuh simbolik ini menyaksikan dua penerbangan sulung berlepas ke destinasi pedalaman Sarawak:
- MH3421 (Kuching – Mukah) pada jam 8.25 pagi
- MH3711 (Kuching – Tanjung Manis) pada jam 8.45 pagi
Pelancaran ini menandakan komitmen Air Borneo dalam meningkatkan akses pengangkutan udara di kawasan luar bandar dan pedalaman Borneo, terutamanya di Sarawak dan Sabah.

Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri, agensi penerbangan, pemain industri, serta media tempatan. Pelancaran rasmi ini disambut dengan upacara pelepasan tradisional dan sesi bergambar bersama kru serta pengurusan Air Borneo.

