Ari Lesmana Gegarkan Kota Kinabalu dengan Konsert “Mangu Di Bawah Bayu” – 6 Februari 2026

Ari Lesmana Gegarkan Kota Kinabalu dengan Konsert “Mangu Di Bawah Bayu” – 6 Februari 2026


KOTA KINABALU – Vokalis utama kumpulan Fourtwnty, Ari Lesmana, bakal tampil dalam konsert solo eksklusif berjudul “Mangu Di Bawah Bayu” pada 6 Februari 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Konsert yang dianjurkan oleh Sembang Kari Entertainment ini menjanjikan pengalaman muzik yang intim dan menyentuh emosi, seiring dengan konsep “Mangu” — keadaan tenang, termenung dan terpesona dalam perasaan.

Kolaborasi khas bersama DJ Firza dan Millvrd bakal memberi dimensi baru kepada persembahan Ari, yang sememangnya terkenal dengan gaya puitis dan menyentuh hati.

Pengarah Urusan Sembang Kari Entertainment, En. Fakhrul Khalid menyatakan komitmen pihaknya untuk membawa produksi muzik berkualiti ke Sabah dan mencipta ruang emosi buat peminat.

Sementara itu, Ari Lesmana menyatakan keterujaan untuk kembali bertemu peminat Borneo:
“Datanglah, kita akan berdialog lewat lagu, melepas rindu, dan merayakan rasa bersama di bawah bayu.”

Maklumat Tiket:

Festival Standing – RM177

VIP – RM377 (termasuk Meet & Greet & barangan rasmi)

Tiket mula dijual sejak 22 Disember 2025. Pembayaran ansuran tersedia via SPayLater, Grab PayLater & Atome.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *