Usaha Penghantaran Bekalan Air ke Kawasan Terjejas di Kinarut & Kawang Diperhebat

Usaha Penghantaran Bekalan Air ke Kawasan Terjejas di Kinarut & Kawang Diperhebat

Kinarut, 4 Jan 2026 — Susulan isu gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kinarut dan Kawang, pihak berkaitan telah menggerakkan usaha penghantaran air sejak seminggu lalu, termasuk tambahan lori tangki air (water tanker) sejak tiga hari lepas.

Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Air Negeri Sabah, Majlis Daerah Papar, JETAMA, Pejabat Ahli Parlimen Papar, dan Pejabat UPPM Kawang.

Pengisian tangki statik dan tangki taman sedang dilaksanakan secara berterusan, khususnya di kawasan-kawasan berikut:

  • Taman Limauan
  • PPR Taman Kinarut Ria
  • Taman Seri Anak Kinarut
  • PPR Taman Segindai
  • Rumah Pangsa Kinarut
  • Masjid Kg Limauan
  • Taman Pr1ma Kinarut Selatan
  • Puncak Gloxinia & Taman LA Gloxinia
  • Taman Sri Kinarut Selatan
  • Kg Madang, Kg Kawang, dan IKBN

Penghantaran air akan diteruskan secara berperingkat dengan kekerapan maksimum bagi memastikan bantuan bekalan air sampai kepada semua penduduk terjejas.

Orang ramai disarankan untuk menyimpan air secukupnya dan bekerjasama semasa pengagihan berlangsung.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *